Tuesday, March 13, 2012


Kekejaman manusia yang tidak berperikemanusian.... Membunuh dan membakar anak sekecil ini atas tujuan dan kepentingan sendiri.... Manusia yang bertopengkan setan ni kita doakan dia mendapat pembalasan dr Allah S.W.T...

Arwah Dirang yang hilang sejak 1 mac 2012 ditemui rentung di ladang kelapa sawit, Masai. Polis mengesahkan DNA tersebut padan dengan ibunya...

Bila jadi kes begini siapa yang harus dipersalahkan? Negara yang tidak aman? Jangan menunding jari ke arah orang lain... kerana 1 jari kita tunding ke arah org, 4 jari ke arah kita semula...

"mangsa dikatakan kekedai untuk membeli mee segera dan telur, dipercayai diculik kemudiannya dibunuh dan di bakar" ...

"Kenapa kasi mati anak aku!!?" Ibu arwah nurul tanya begini tapi kita yang mendengar berita ini ingin bertanya "KENAPA DIBIARKAN NURUL KE KEDAI SENDIRIAN???" betul bukan? Rata-rata yg mengetahui kisah pilu ini mesti tertanya kenapa anak sekecil 5 thn dibiarkan ke kedai sendirian? Mungkin saje kedai itu bersebelahan rumah atau selang beberapa buah rumah??? Kerana kecuaian kita, anak menjadi mangsa... Kadang kala kita rasa MUNGKIN takde apa2... dekat je...alaaaa dia dah pandai... Tp kita tak sangka...dan perlu tahu, malang itu tidak berbau... Apa-apa pun boleh terjadi...

Kita sama-sama ambik iktibar atas apa yang terjadi....

Banyak sgt kisah anak tak berdosa menjadi mangsa. Kadang kala ros sendiri jadi fobia nak benarkan orang lain, walaupun yang dikenali bawa anak2 ros kemana-mana. Biarlah org kata kita cerewet, poyo...asalkan kita tahu tahap keselamatan anak kita. 

Pengasuh rumah lama kat setiawangsa mmg sgt memahami ros. Tahu ros tak kan benarkan dia bawak anak ros pergi ke mana pun, walaupun ke kedai. Penah dia bawak anak ros gi beli tiket bas...kebetulan perasaan tak enak mula terasa, hubungi dia, ternyata dia di luar dgn anak2 ros. Terkejut, marah sume ada. Nasib baik dia kata anak2 dalam kereta dgn adik dia. Dan mmg lepas itu dia tak brani dah nak bawak anak2 ros ke mana-mana.

Pindah rumah baru, cari pengasuh mmg satu cabaran. Bila pengasuh menyatakan bahawa dia tak nak jaga anak ros sbb ros tak benarkan dia bawak anak2 ke taman, ros terima. ros sanggup cari pengasuh lain. Bayangkan dia seorang, nak bawak 5 budak ke taman? seorg di kendong sbb masih bayi... Yg lelain dibiarkan main di taman... Dan pastinya dia cuma duduk memerhati. Dan tipulah nak kata dia beri sepenuh perhatian pada anak2 yg bermain. Tak mungkinlah takder kawan2 pengasuh ni duduk sekali di taman berbual2... Dalam leka tu, apa2 boleh jadikan??? Biarlah org kata ros cerewet....

Kekadg lihat ibu bapa yg jalan di depan biarkan anak2 kecil jln dibelakang. Penah ros nampak ni masa lalu di Masjid Jamek. KL... Rasa mcm nak tampor2 je mak bapak budak tuh.... Rasa nak je ros tarik sorg, pastu tgk sampai ke mana baru mak dia prasan anak dia hilang...Geram rasa hati....Tunggu dah terjadi musibah baru nak menangis...meratap...

Kita harap tiada kes begini berulang lagi. Ngeri dengar... Semoga Allah melindungi anak-anak ros... Tak nak benda2 begini terjadi pada anak2 dan keluarga ros...Amin...


Anak Itu Anugerah Illahi
 

1 comment:


Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...