Tuesday, August 16, 2011

Karipap Singgittttttttt!!!!

keledek


inti keledek+daging

kulit karipap

tadaaa... karipap keledek padat di dlm, rangup di luar...

Mr. Asben request nak karipap. Tp inti keledek. hadehhh.... tak penah wat karipap. Google resepi, balik try wat... menjadi lak. Alhamdullilah.... Bestnya klu wat sendiri sbb inti leh letak byk2... pastu kulit wat nipis2 heheheh... Yang penting... rangup!

nak resepi? silalah Google yeee..... 

Thursday, August 11, 2011


1300-13-1300 - call lah klu tak malu hheheheh


Bulan posa ni biasalah... mesti tergerak hati nak call Mekdi ni delivery ke opis ke, ke rumah ke.... maklumlah... org pompuan. Ada masa 'cuti' posa. Call kat opis senang cikit. Bukan sapa tahu pun!. Tapi kantoi ngan yg hantar delivery tu kannnn... Hik hikkk hikk.... tp pandai2 mintaklah member cina atau india ambik kan tau huhuhhu... < lum try lgk wat nih

Tapi peel org pompuan ada yg jenis ntahlah... nak kata tak malu tu... payah gak. Dah tahu bulan posa, gi gak masuk mekdi nak beli kannnnnnnnn.... udahnya org mekdi ckp "Maaf kami tak jual kat orang Islam" ... Ni member cakap ar. Malu tak??? kan dah terkena. tak kira lah korg bulan mengambang atau tak kan... Lagi2 klu lelaki nampak korg kuar dr mekdi tapau bwk balik. dah kopem2 org tahu korg tak posa. Malu seh!

Mekdi len tak tahu lah...tp member ni tobat tak nak gi lagi dah bulan posa ni...Hahhahhaha... susah2 sgt korg bawak jerlah bekal ek klu tak posa. 

okkkk okk... chowww... nak layan big mac jap hahhahaha... manade....men2 jer nih...


Jar Of Hearts lyrics
Songwriters: Christina Perri;Drew Lawrence;Barrett Yeretsian

I know I can't take one more step towards you
Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love I loved the most

I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I've learned to live, half-alive
Now you want me one more time

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

Dear, it took so long
Just to feel alright
Remember how to put back
The light in my eyes

I wish I had missed
The first time that we kissed
'Cause you broke all your promises
And now you're back you don't get to get me back

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?
ecah tayang baju raya
posing tepi camni ke mama???

depan nak gak??

gelek camni ok tak??

pinjam tv mama sat tau...

amacam... macho tak??

ehh silap...

kena wat muka bersalah ke??

ke muka gedik??

atauuu..muka comel?? heheheheh


Spontaneous #5



Kalau kita TAK SUKE org wat kita gitu, 
orang lain pun TAK SUKE kita wat camtu...

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #4





Raya Ecah 90% siap!

Actually ros cari baju kembang tuk ecah... yang seakan baju raya ros. Search punya search...jumpa org jual online...hehheeh
cumel kan... mula2 jumpa style mcm nih


pastu search jumpa yg ini. terus jatuh cintan sama ini baju. Harga dia RM89.90 gulppp!!! mahalnya baju raya ecah hehhehe...order gak muahahah... sekali org tuh reply "out of stock..sorry" waaaaaaaa...stressssssss!!!


stressssss sbb baju tuh dah lebih kurang mcm baju raya ros. ingat nak pakaikan pg raya! cer tgk kain ros



















sama kannnnnnnn corak dia. hhuhuhuuh sadis jer baju ecah takder stock. intai2 gak kat kedai2 baju. takder. Mlm tido pun tak lena. Poyo jer rasanya kan hahhahaha.... tetiba dpt satu idea... huk hukk.... nak mintak kakak jahit baju raya ros buatkan gaun sejibik gini!! Dok gi umah dia, depan umah dia dah tampal mcm nih













Bertambah-tambah sadisnya ros rasa huhuhu... tp try gak tanya. sbb rasa ada book tuk jahit baju raya kat dia 4 pasang. baru antar 2 psg. ada kuota lg 2 kannnn.... hehhehe 2 kuota tuh tuk baju rafiq ngan papa dia... takpe sbb dorg nak beli yg dah siap... ngeh...ngeh...ngehhh...Kakak tuh setuju nak wat.

Taraaaa... semlm nak antar reben, tgk baju ecah dah siap 90% heheheheh...suke! ada kelainan sikit dr baju asal sbb skirt dia tuh buat dua layer. mula2 satu layer, tp tgk mcm pendek, jd kakak tuh wat dua layer. jadi gak gaun panjang. Mmg cun! siap ngan renda sekali tuh! Pasni nak antar tempah tepek bunga lak kat gaun tuh... kat member. huhuhuhu...Alhamdullilah...berkat usaha ulang alik kedai bunga, kedai kain nak buat baju ni. Thanks kat en.asben sbb layan kerenah ke masjid jamek, taman permata, meru klang tuk cr bahan2 wat baju nih.









Saturday, August 6, 2011

my avatar!!!



cccccccccccc..... akhirnya berjaya wat avatar yg supan sintun bertudung. my 1st avatar...tanpa guna adobe photoshop...coz opis kedekut! nak install adobe pun tak bg! hehehheeh 

alamakssss kat mana ek ros wat avatar ni tadi...hadehhhh lupa lak. kena skodeng history kat mana avatar nih. pasni nak create avatar yg lg best! heheheheh tp tgk mood kerajinan lah ek. caloooooooooo!!!! baiii!!!

Selumber Saturday #2

Selumber je minah ni kannnnnnnn

Sebenarnya tak kisah lah klu budak tecik tido kan. apa nak heran kan pun. Tapi si kecik ni...wahhhh mama tgh drive kat sebelah, dia leh bantai tido dgn selumbernya kat sebelah ni. siap baringkan tmpt sandar tuh, letak bantal bucuk dia yg semerbak satu keta bau...terus lelap! huhuhuuh Jeles mama tau. sbb nya.... mama tak dpt tido sampai kul 3.30am tunggu dia tido... bila dah tido tak terbgn sahur sbb ngantuk sgt... ni mama dah 1000X menguap...dan mama tahu kat umah pengasuh, ecah bantai tido ngan selumbernya lg. hukkk hukkk...



Friday, August 5, 2011

Renungan Jumaat... Sedihnya kisah ni..




Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011-  Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011-  Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011-  Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam  abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011-  Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011-  Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011-  Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.



8 April 2011-
  Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia
 







9 April 2011-
  Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat  abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat  tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
sumber:fwd2 dr email...

Thursday, August 4, 2011

Spontaneous #4



.........RASA HATI!!!.......
(-_-)

Wednesday, August 3, 2011

Butter Prawn ...layannnn menu sahur


butter prawn... (wat berkuah)
butter prawn with egg floss

sayur cendawan...

layannn sahur pg td ngan nasi. sbb semlm berbuka mkn murtabak je. Ala2 konon tak nak mkn nasi lah nak diet punya pasal huhuhuhuh... 

tak mo cite panjang2... ngantuk, letih, byk report nak siapkan...zassssss.... babaiiii!!!!


Tuesday, August 2, 2011

1st Day Puasa


Sebenarnya excited puasa tahun nih. ntah nape. tp mcm teruja giler. mcmlah budak darjah satu nak posa kan. huhuuhuuh...padahal tak ada apa yg menarik tertarik langsunglah yg nak dijadikan bahan.

Hari pertama sahur, ros tido pun kul 1am. pastu 3am terjaga. Dah alang2 tu, terus masak tuk sahur. Simple je. Ikan Talapia(fav en.asben) masak cili merah, sayur buncis+carrot+ cendawan, ngan telur mata. Ros tak brape gemar mkn ikan sungai ni. Tapi pasal semlm selsema lagi, sume deria rosak... belasah habis gak sekor ikan huuhuh.... Rasa lauk sume tawar tp asben kata sume masin hhehheeh... Selsema punya pasal.

Petang kena gi Shah Alam. Nak ambik barang urgent. Huuuhuuhh...jem tak yah cite ar. Cari punya cari rumah dia sampai tepat2 time azan maghrib. Alamakkk...tak kan nak ganggu org berbuka kot. Jadi kitaorg duk dlm keta minum susu coklat ngan mam roti... agak2 dah 10min, ros call mintak org tuh kuar rumah. Nasib dia jenis ok. Dapat je barang, terus cari kedai makan.

Jumpa kedai mamak yg tak ramai org. senang sikit, makanan cepat sampai. Walaupun ros jenis tak suka makan kat kedai mamak, tapi nampak kedai ni mcm ok sgt. Nampak bersih, teratur dan ala2 masakan melayu pun ada. Nama kedai Nilam Seri.... dah kawasan tuh pun namanya Nilam Seri hhuuhuh...

Makan Mee Goreng Ayam sambil ngadap rumah baru buat depan ros tuh. Developed By NAZA TTDI!  mmg superb rumah tuh. Berangan jap klu dapat huhuhuh...
pinjam pict ek en.google

Dah! dah!! jgn nak berangan. Huhuuhuh.... balik ke alam realiti ok... Dah melantak Mee ngan Limau panas, terus balik rumah...Otw alik tuh nampak Tutti Frutti... terus singgah nak rasa ok ke tak. Dok tgk ramai member dah check in kat situ agaknya sedap lah kot. Masuk2 jer...ambik cup, picit sendiri perisa apa yg nak, pastu letak lah tambahan mcm buah ker, choc rice ke...mcm2 ada... sediakan duit jer. Timbang, bayar huhuuhhu... Yang dlm pict ni ros ambik Red Velvet. ngan sikit buah. Sikit jer pun eskrem ni ros ambik.... Caj:RM13.++
google nya pict gak

Pict Ros...

Memang sedap sangat2... Tapi pas makan jer terus batuk2 semput huuhuhuh.... Sejuk sgt kot. Ada asma tp sibuk nak melantak nih. Hambik ko!!...

Habis dating kat Tutti Fruitti nih, kitaorg pun balik ar. Sampai umah mak kul 10pm. Ambik Ecah ngan Raffiq..terus alik umah. Mandi manda, terus kedebabommmm tido tak sedar diri. Terlepas sahur hari ke-2 puasa. takperlah...en.asben ilek...gi program keja... ros tak sahur pun ok lagi kot.... tahan...tahan.... perut dah kuar irama dondang sayang...alahaiiii....

Monday, August 1, 2011

Azam Ramadhan 

kemengantukannnn!!!!


thanks pak google

suke sgt bila tiba bulan posa. paling best dpt gi PARAM. mcm2 ada. cuci mata tgk mamat-mamat jual air opssss!!! amboi2.... takder insurans punya jari kannn.... cuci mata tgk makanan lah. bab tgk air yg penuh dgn ais tuh huargggghhh!!!! rasa nak telan ngan balang2 air tu terus masa tuh. control2....hehhehe. Tahun ni puasa berazam. Meh lihat azam puasa tahun nih!

1. Puasa Penuh! <haaaaa korg mesti pelik kan... tp ros akan cuba gak penuhkan tahun ni. Cik P, plsssss....lambat sikit dtg ye.

2. Berbaju Kurung - hehhehe kecuali sabtu ahad.

3. Kurangkan Bercakap - lebihkan berFB??? hahahahha aippp sama jer...berFB pun leh wat kurg pahala tauuu... mana tak nya dok tgk member2 post gambar2 makanan...terngumpat sikit, terkutuk sikit...hehhehe

4. Kurangkan Makan Bila Berbuka dan Bersahur - ni harapan nak diet hehheheh...

5. Ke Masjid pada malam hari tuk Terawih - yuppp.. anak2 dah besar, dah leh tinggalkan kat umah mak..

6. Kurangkan Belanja - tak mo dah over budget bila masuk PARAM. nak bawak rm10 hinggit jer. handbag tinggai dlm keta... huuhuhu <pak perompak... jgn gatai nak pecah keta ros ek! Allah nampak, bulan2 posa ni bwk2 ar taubat tauuu

7. Bacaan Yassin - seblm zohor kat surau opis :)

8. Jogging - haaaaaa ni dah melampau ar kan. tak posa pun dah termengah2 joging...siap skip joging lagikkk

9. Kurangkan Shopping Raya - hehehhehe agak2 berjaya tak? miahahahaha

10. and last sekaliiii...Kurangkan beli Kuih Raya < aloooooooo tiap2 tahun beli kuih raya. tak termakan pun. alih2 bawak gi opis jamu budak opis. tp mcm dah order Tart 3 balang huhuhuhu....muruku 4kilo bungkus, rempeyek 3kilo bungkus muahahahahah dah cukup2!

jadikkk semoga azam no 1-7 berjaya di tunaikan ramadhan tahun ni. no 8-10 hehhehe lu pk lah sendiri!!!
Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...