Tuesday, December 24, 2013

Konvo Khaisya Rania




Mood nak berblog....
Orang kata tak semestinya tadika gov ni tak bagus. Ada org kata tadika gov ni byk menari dan menyanyi. Mana 1 nak dgr???.... klu nak dgr kata org mmg tak kemana lah kan.
Disebabkan beberapa situasi...ecah dimasukkan ke tadika KEMAS.
Takmo cite byk... penilaian ros pd tadika ni... tuk yg kat tmpt ecah masuk ni lah... bkn tmpt len ek... agak slow ar. Habis setahun sekolah.. ecah still merangkak mengenal huruf. Huruf tau... bukan perkataan. Nak dibandingkan rafiq bila habis tadika 5tahun last year... dah boleh membaca bahasa melayu dan english... sekrg bagi buku pun dia leh baca. Sedih tgk.. so ecah 6thn kena masukkan tadika private ler. Biarlah bayar yuran bulan2 mahal sikit... sekurgnya berbaloi.
Tp ecah tak masuk lah tadika rafiq last year. Sbb tadika ni pindah agak jauh. Bas sekolah tak sampai sana. Harap2 yg ecah masuk ni tadika ni sebagus tadika rafiq dulu.
Apa pun... 2014 akan jadi cabaran wat mama nak ngajar ecah. Takmo main2 dah yer. Rafiq pun dah masuk darjah 1. Byk masa mama kena korbankan utk utama kan korg. Benda lain tak penting dah. Bukan lg mcm this year yg mama nak wat keja2 opis kat umah sampai takder masa tuk korg. Jommm kemas bilik korg. Kita packing sume menan kay.... erkkkk...berjayakah???

Saturday, October 26, 2013

MICCOS

Dah lama tak update blog. bz konon lah kan.... hari ni kena on site kat miccos, serdang. Ada lak masterchef... then kitaorg lak gatal nak rasa lah kan... sedap sgt ke makanan dorg tu.

Ok... tu dia kupon masterchef tuk beli makanan antara 2 group. Merah atau biru. Ada yg terlebih masin, ada yg cukup2 rasa... 

Boleh  laaaaa..... walaupun sedap lg sy yg masak kan hhahahaha. whatever.. masuk bakul angkat sendiri. dah laaa... malas nak cite panjang2.... takde mood.




Sent from Samsung Mobile

Saturday, April 27, 2013

Pelembut+Pewangi pakaian

Klu nak diikutkan dah dekat 2tahun bertahan pakai brand downy. Dari kaler biru, ungu, merah, pink semua dah try.... tp pink yg garden bloom ni yg terbaekkk.... agak lama gak pakai yg kaler merah tu. Tp sekali tergerak hati nak beli yg pink ni....terus tak nak tukar dah. Serius... wangi dia bertahan lg lama. Tak yah pakai perfume pun dah hheheheh.... 

Tak dpt komisen pun dr p&g promote ni.... hanya suke2 je hheheheh

Friday, April 19, 2013

Apa pada NAMA?

Nama ringkas je.... seringkas empunya diri hehhe.. "ROSALINA" tp walaupun pendek, mcm2 nama yg kenalan atau famili panggil...

Abah panggil Salina. Arwah mak panggil Sal. Kakak2 mostly panggil Salina. Tp ada yg panggil Tut heheheh ada sejarah disebalik panggilan tu. Terjd bila aku gaduh ngan kakak sorg ni, so bila dia nak mention nama aku kat kakak lain atau mak... dia akan ckp camni 'ckp kat tuuutttt tu suruh dia.....' Hheheheh...so melekat sudah panggilan tu. Dannnn... aku pun mention nama dia Tut gak hahahah.... ntah pape!

Kawan2 sekolah panggil Ros. Cikgu2... pun sama. Tp dulu aku ada 1 grup ni. Kira togeder geder selalu ke mana2... di situ aku dipanggil Iena.

Cite kwn opis lak... bab ni yg lawak eh bila si Tila ni panggil aku Ana. Yg lelain panggil ros je. So bila nak berborak ngan si Tila ni aku nak bahasakan diri sebagai apa? ANA ke ROS? Hehhehe.... sampai sekrg klu reply email dia aku sendiri konpius nak bahasakan diri apa.

Bukan tu je... bila aku kenal ngan asben aku dulu, aku letak nama sebagai Aly. Hahhaha gatai kan ubah2 nama. So famili belah asben panggil Aly. Hehhehe... jd keliru bila biras aku ialah kwn opis asben aku yg mana dia dan yg len sume panggil aku ros. So bila kat rumah mertua dia nak panggil aku Aly atau Ros? Hhahahah... belum penah dgr dia panggil aku
Aly. Musykil gak dia mention nama aku kat adik2 ipar kitaorg ni apa eh. Lupa nak tanya heheheh... dan yes! Adik ipar aku yg suami biras aku ni panggil aku apa lak ye? Ros ke Aly? Hhahaha! Korg yg bc klu konpius sila ulang baca. Takkan nak buat gambarajah.

Now masuk opis baru... Juan selaku bos aku ni rapatlah ngan famili aku so dia dah biasa panggil dgn nama Salina. Bila start keja, dia kenalkan aku kat bos lg satu dgn nama Salina! Ohhh.. ok. Nampak takder problem. Tapi dtglah staff baru, yg mana dia kawan kepada asben aku dan dia panggil aku Ros... so kat opis apa jadi? Hahhaha maleh nak ulang kejadian... Ros -Salina ekekkekeke.....

Apa pun nama aku.... aku tetap aku. Takder bezanya hhehehe... 

Yang penting asben panggil aku Ayang. Dan semoga ia akan kekal hingga akhirnya....


Friday, March 22, 2013


Ni gambar lama.... tapi korang yg tengok gambar ni jgn ingat kitaorg ni mcm taksub sgt, sampai beria2 letak bunga penuh satu pusara. sebenarnya anak2 mak kan ramai. so memasing dtg bwk sikit bunga pun dah jadi penuh rumah mak ni. Dan sangat terharu bila abah dtg setiap jumaat! so abah akan cite hari sekian2...ada kakak2 yg dtg dia temankan jugak. Mak.... klu lah mak tahu apa kata hati abah kan....

Alhamdullilah.... raffiq ngan ecah dah hafal surah Al Fatihah. Jadi hari tu abah dgr dorg baca Al Fatihah tuk mak, abah senyum je..... Sekrg ni, raffiq tgh menghafal Ayat Kursi pulak... semoga dipermudahkan...Amin



Sent from Samsung tablet
Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...