Monday, August 27, 2012

Citer-citer tentang RAYA (korunk ingat korunk je beraya???)
Al Fatihah buat arwah mak tersayang. Yang selalu diingati, dikenang dan dirindui
Semoga rohmu dicucuri rahmatNya.

Raya tahun ini tanpa emak...memang sesuatu yang tidak terduga. Seperti tahun-tahun lepas aku sentiasa fikirkan masih ada lagi bersama dia untuk tahun-tahun mendatang. Tidak sangka secepat ini dia pergi. 30 Januari 2012 memang tarikh yg cukup merentap hati kami sekeluarga.

Tidak seperti tahun-tahun sudah...pagi2 raya hati dah tak keruan nak cepat2 sampai rumah mak. takut mak berkecil hati lambat beraya dengan dia. Tapi tahun ni terasa berat sangat melangkah ke rumah mak untuk menyambut raya bersama-sama kakak yang lain. Tapi bila teringatkan abah yang setia menunggu kami, perjalanan seaakan laju menuju ke Keramat. Walaupun hujan lebat membasahi bumi.

Sampai di sana mmg tidak ketemu bayangan yg dirindui...Hati sedikit terusik, tetapi kakak2 dan anak buah yg ada membuatkan kemeriahan raya mula menjelma. Bila saje hujan mulai reda tanpa berlengah kami ke pusara arwah. Ada yg berjalan kaki, berkereta dan yg menaiki motorsikal. Semuanya dgn satu niat untuk ziarahi pusara emak dihari raya ini. Sebulan tidak ke sana di bulan Ramadhan. Abah juga turut serta. Alunan bacaan Yassin oleh kami dan harapan kami, doa kami sampai pada arwah. 

Kembali ke rumah seperti biasa berbual-bual, merancang untuk hari esoknya...rumah siapa yang akan terjah nanti...

Petang terasa sedikit bosan bila anak2 buah dan anak2 ros pergi beraya rumah saudara. Seperti tahun lepas ajak asben ke Old Town White Coffe. Minta dia belanja hazelnut blend. Baru terasa keasyikan raya hhehehehe...Lepak sekejap di taman Jusco Au2 kemudian pulang ke rumah bila kakak2 dah komen kat FB suruh balik hhehehe..tgkk...klu tak caya

Tak sempat dating lama-lama tauuu.. dorg jeles ar nihhhh...

Jadi plan esoknya raya kedua ialah terjah rumah mori dan rumah daku diterjah pula selepas itu. Menu masa tuh mmg terpk mee bandung sudah. kan dorang dah makan kat umah mori ekekekeke....

esoklah upload story pasal raya ke2. 

Dan gambar raya pertama kami...
merah tak sofa kami hhahaha pilihan si dia! sofa bau kedai! ada lagi sebijik kat sebelahnya.Sofa bed. gantikan sofa bed lama yg masih cantek tp terlalu besar. Tp rasa ralat pulak sbb sofa bed yg baru ni kecik tak leh santai2 gedik dengan si dia atas sofa ni masa tgk TV. Jadinya dia di sana, ku di sana lagi satu huwaawwaawa dah tak romantik...hukk hukk.


Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...