Thursday, November 17, 2011

rOs kENa TAG ... alarrrrrrrrr tak reti ar tag2 ni..... hukkk hukk... klu tak wat kena hukuman apa??? kena "buang kawan" tak?? ke kena campak kat pulau??? buang negara keeee hukkkk....


Telah di Tag oleh oshin


peraturan2 nya terus C&P dr oshin versi malay lah ek


1.     Anda mesti pos peraturan-peraturan ini
------------ done------------

2.     Setiap org mesti ceritakan 11 perkara tentang diri mereka..
1. anak bongsu
2. ada suami bernama Achiq
3. ada anak bernama Raffiq, Rania yg cumel2
4. Ada kereta bernama Savvy
5. suka kaler purple, hitam
6. suka masak resepi baru
7. tak suke di tipu, di marah, dan segala yg tak best
8. kerja di batu caves... tp bukan dlm batu caves
9. seorg yg suke skodeng blog yg ada resepi2
10. seorg yg tak suke lipasssssss eeeeeeeeeeee!!!



3.     Anda mesti menjawab soalan2 yg telah mereka tag kepada anda dan anda mesti mewujudkan 11 soalan baru utk di tag kepada org lain.
sila lihat di bawah!...

4.     Anda perlu memilih 11 org utk di tag dan link mereka di bawah.
sila lihat di bawah!...

5.     Pergi ke blog mereka dan bagitahu mereka telah di tag!!!
ok2...done

6.       Anda tidak boleh tag org yg telah tag anda.
okkkkk fahmmmmm....

7.       Tiada hadiah jika anda di tag.. Hanya suka2... "anda ditanda JIKA ANDA MEMBACA INI" ANDA Wajib (aka BENAR,AMANAH DENGAN KEJUJURAN SEMUAtelah ditandai 11 orang.
lorrrrrr takder hadiah keeee... takper hadiah sebuah persahabatan yg ikhlas...

okkkk nak jawab soalan cik Oshin ni
  1. apa yang anda tao tentang oshin? pemalu, penakut, lemah lembut
  2. nom feveret anda adalah .... knpe pilih nom tersebut ? 1 sbb semuanya bermula dgn 1 dan cinta itu 1 tiada dua atau tiga....
  3. apakah habit yang  x boleh dibuang sampai sekarang?! malas lipat kain
  4. lagu yang paling diminati adalah ...... Jar Of Hearts 
  5. perkara yang x dijangka oleh anda tp anda boleh melakukan tnpa sebarang pertolongan - bila lipas terbang dtg tetiba... lari jerlah...tak perlu tolong larikan...
  6. pada umur berapa anda dapat lesen ? 27
  7. pengalaman pahit ketika memandu? kena langgar treler, ehhh silap... ros langgar treler
  8. 4 perkataan tentang oshin yang terlintas dipikiran anda sekarang - sedang berdiet, ibu mithali, wanita cekal, kreatif
  9. impian apakah yang masih x tertunai lagi ? lihat raffiq ngan ecah konvo universiti
  10. sapa yang pikat suami/pakwe?anda @ pasangan anda?! hehehe - wanita sengal
  11. sebelum wat entry nie , anda tgh wat ape ek?! - buat kerja lahhhhhh......tak pasal2 kena sound ngan bos daahhh
11 soalan baru untuk sahabat2 yg di tag...
1-11 tiada sebarang soalan kerana... sila lihat di bawah...keranaaaa
yg di tag....  
tiada siapa yg di tag hehehehe :p

Friday, November 11, 2011

My Sweeeeeeeeeetttt Desktop Background....

desktop kita ada My computer... sapa tak tauuu??? mmg blur lah klu tak tau... pastu ada photo editing, IE, Office emails... BMI??? cer teka apa... hadeiii check BMI lah kot2 terlebih berat ke.... Pastu ada Notes. Tu desktop notes. anything benda yg nak kena remind dlm otak ni letak note kat situ...pastu no tepon contractor ke, runner ke...pun leh tepek citu. tak yah simpan kertas2 kecik lg... lg ada doc2 folder...dan last recycle bin. ni tmpt khas buang apa yg tak patut. klu leh buang org, mmg nak buang staff2 yg memekak kat opis ni....

dahhhh penat baca??? tp sebenarnya kita cuma nak cite pasal pict background monitor kita je hhahaha.... suke sgt tgk pict ni. Rindu kat dorg  leh ar terubat bila tgk pict dorg nih... pssssttt naper takder pict asben kita??? bukan sbb tak rindu ekk... tp rindu je leh jer sms atau call terus masa kat opis ni. tp dorg berdua ni?? mana de hp...so kenalah tahan rindu tuh sampai balik umah baru leh tgk /dgr suara dorg.... kannnnnnn.....

TAKDER KEJA cari KEJA

Bukannya jenis suka makan kek...atau apa2 yg mcm kek ni... tp ntah naper, bila tgk blog masam manis tuh mcm2 menu ada....tergediks nak buat lak. Apam belang. bukan kek tau... Nak dijadikan keja tuh, gi buat apam ni kul 6am! org sibuk bersiap gi keja, time tu lah sibuk nak buat ni. Jadinya terkejar2 gi opis, lambat punya pasal... tu lah org kata...dr takder keja sibuk cari keja kannnn...



lawa kaler apam ni....sukeeee...

Tuesday, November 8, 2011

Raya Aidiladha

Raya kali ni pakat pakai jeans ye...baru berangan nak tempah kebaya ngan ecah, pastu pakai dgn suar jeans, alih2 tempahan di tutup. Jadi ni jelah baju kami di hari raya...serba putih dan jeans biru. View dpn rumah mak. Layannnn pict sudah...








Friday, October 21, 2011

Masak Apa Malam Ni ekkkk???

korang yg status isteri2 org ni mesti selalu time tgh wat keja pk nak masak apa balik nnt kan. Sat2 barang tak cukup kena singgah kedai lak... pastu balik dah mcm lipas kudung kat dapur. Nasiblah dapur tuh kecik. Klu dapur tuh besar mcm master chef tuh mau nya kurus terus dok lari sana sini.

Kat opis mcm2 pk nak masak itu ini...tp kekdg sampai rumah lain pulak yg di masak hehhehe biasalah tuh. Kekdg sbb bahan tak cukup. Kekdg selera tetiba tukar otw alik keja. Dan kekdg atas permintaan en suami.

Cop...copp... kita bukanlah nak tepek menu hari ni ke atau apa. Just nak kongsi bestnya hidup ini tak perlu jadi sebahagian drpd isteri2 yg kena balik masak ekekekeke... Jgn marah tau. Bukan ros tak tau masak...ckp apa jer nak masak, konpem leh masak. Google jer resepi kannnn hheheheh....Bukan nak kata malas masak... suke dan rajin sgt masak. Kalau nak tahu ros mmg suke cuba masakan atau menu baru... Tapi masa tak mengizinkan. Di tambah lak asben jenis tak suka gopoh2 keja kat dapur, lintang pungkang ngan asap masak2 lagi....hhehehe jadi balik keja singgah kedai makan. Heeheheh...Seronok kannnn.... hari2 makan kat kedai.

Daripada mencuba masak resepi baru, tukar kepada mencuba menu baru kat kedai ni hehhehe....Orang kat kedai ni pun dah kenal kitaorg. Takpe...yg penting sodap! Semlm mkn bihun goreng cendawan, hari ni nak try apa lak eh muahahahaha....Lagipun asben kata makan kat kedai sama je klu beli brg masak kat umah. So green lite from Mr Husband. Thank you sayang!

So mlm ni ai nak makannnn..... mcm nak beli benjo special je hheheheh cer pk camner rupa BENJO SPECIAL ngehhh ngehh ngehhhh

Wednesday, October 19, 2011

Macaron....Vs Cookies

Sekrg org sibuk order macaron. Nak order tp mcm rasa nak buat sendiri je...Tapiiii.....
Jom layan cite semlm...

Berangan nak buat macaron secantik akak ni punya.
sapa nak order leh ar bukak FB akak ni...

Semlm try buat... mula2 pk camner nak ayak serbuk badam ni. sbb nampak lembap...dah panggang dulu pun tak jalan gak. so belasah jerlah masukkan dan mix sampai dia halus....dan hasilnyaaaaaaa!!!! halus cairlah macaron ku. bila bakar dia jadi mcmmmm.... alahhh malas nak cite. tgh down nih hhahahahh. Sabtu nnt nak cuba lagi... tp pastikan dgn sokongan org tersayang tiga2 sekali. Semlm dua beradik tu yg ecah ngan raffiq jer yg dok tunggu mama dorg siapkan macaron. Papa dia bantai tido. Tak aci sungguh tau!. Nnt sabtu kena dok sebelah kita buat macaron ni. bg support sikitlah kan. Nak guna pom pom mcm cheerleaders tuh pun dialukan miahaahhaha....
hahahah ni lah macaron yg tak jadi tuh. Sadiskan....ingat murah ke bahan2
dgn letrik lagi...last2 buang ke tong sampah!

Down punya pasal, terus buat krim tuk biskut. Sekurangnya adalah jugak hasil malam tadi kan....Cam biasa...raffiq ngan ecah test kata sodap mama!.. ok lulus! heheheheh




ni pun bulat2 mcm macaron kan hhahahaa... Biskut Almond with Coffee Cream

Wednesday, October 12, 2011

Rania's Cookies

Sekrg dah giler wat biskut lak. seronok tgk rafiq ngan ecah suke makan biskut choc chip tuh. Rangup sangat.. Jadi ros pun buat keputusan nak promosi biskut ni. Ingat nak upload dlm blog bisnes kronlineshop nih tp blog tu sedang di upgrade kan jadi lebih tersusun. so layan promosi kat sini dulu lah ek.

Ros letak dlm balang2 nih...satu balang lebih kurg 100g lebih lah...  Klu nak wat gift ke, saja2 makan ke...leh lah beli ye. Klu nak order sekali byk pun leh... tp seminggu awal ye.








Tuesday, October 11, 2011

Oh Tidakkkkkk!!! Overweight!!!

Dah prasan dah, pas raya tuh syok je mkn mcm tak hingat dunia kan. pastu pagi jer mesti beli nasi lemak+udang merah...sekrg hamek kooo.... dah naik berkg2 dah. Semlm timbang2, check BMI ros semlm walllllllaaaaaaweiiii!!! overweight sudah!. kena turun 4kg tuk capat normal weight. So apa lagi...tgh pk nak amalkan diet cara mcm mana.... 

Diet mengikut Golongan Darah

"Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan."

Jadi ros punya darah 'A' diet yg disarankan


Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Hadeh.... mcm sume tak leh mkn jer hahhaha... klu korg nak tgk korgnya diet leh tgk kat sini iluvislam-diet .
Cara kedua Diet Atkins
Apakah itu?
Diet Atkins bisa dibilang sebagai diet rendah karbohidrat tinggi protein yang paling populer. Diet ini pertama kali diluncurkan oleh Dr. Robert C. Atkins yang juga seorang kardiolog, di awal tahun 70-an. Belakangan memang banyak pro dan kontra yang berkembang tentang keamanan diet tersebut, namun tak sedikit orang yang tetap mencobanya. Teori diet Atkins mengatakan bahwa dengan meningkatkan konsumsi makanan yang mengandung protein dan tidak makan karbohidrat sama sekali Selama 2 minggu pertama, tubuh akan membangun ketosis, keadaan dimana tubuh menggunakan lemak sebagai bahan bakar.

Lebih lanjut korang leh tgk kat sini Saya Tak Nak Gemuk

Okay.... dah puas baca? ada semangat nak join ros turun berat? hahahaha korg jgnlah hangat2 taik ayam kannnnnnn....suke kan mcm tuh. ok sorylah, ros bukan tak berminat dua cara ni, tapi tau lah dugaan ni besar bila terpaksa menahan perut dr mkn makanan fav kita. lelagi KFC kan, Mekdi lagikkk...walaupun ada isu KFC yg budak2 letak ayam kat kasut tuh, daku still jengah KFC gak hahaha...SO...diet cara sendiri lah. ikut cikit kedua2 diet di atas. dan yg penting, senaman ros akan buat. Tak mo tahan perut jer... sampai bila pun tak kurus kannnnnnn.....Nak mkn leh...tp biar berpada. Ros akan teruskan rutin pagi makan sedikit nasi/roti.. lunch mkn buah dan dinner makan sup/tomyam kat roundabout corner. kat tepi jusco AU2. Naper ros suke situ sbb makcik kedai ni kira sporting lah sbb kenal kitaorg kan. tambahan ecah ni jenis tak reti duk diam. nak lari sana sini pun tak per sbb kedai ni meja dia jarak2 dan agak selesa nak gerak sana sini. so berlarian lah anak ros berdua tuh men kejar2. Dan sup atau tom yam dia mmg perghhhhhhh!!!! sedap!. tanpa nasi ye mkn malam hehehe. pastu asben suke maggie seafood dia. rafiq pun suke. mmg sodap! dan biasalah, klu tak nak buncit, jgn minum berAIS...so ros ambik teh o suam je. raffiq pun sama join mama dia. raffiq ckp "Raffiq dah tua kan mama, tu sbb minum teh o" hahhahaah belasah jerlah raffiq, awak tuh lelah, mana leh minum ais. Ecah tak leh nak larang, dia mmg kaki nescafe ais mcm papa dia huhuuhuh

Dah2... tak mo merapu kerapu. pagi td ambik 2 keping roti dan 2 biji telur rebus. kenyang sampai sekrg. peaceeeeeeeeee!!! Lunch nnt tunggu nyonya jual buah sampai hhehhe mangga/jambu atau tembikai hehheh.

Yang tengah berdiet tuh, dietlah secara sihat ye. jgn sampai gastrik...dan jgn tak makan sume makanan yg enak2 tuh, rugiiiiiiii..... dah sakit nnt apa pun tak leh makan...apa pun takbleyyyy

chawwwwww! Assalamualaikum

Saturday, October 8, 2011

Angry Bird In Pinkkkkkk!!!

Alaaaaa... walaupun ros tak baper layan game angry birds ni, tp ros tau lah kaler2 birds dlm games tu kannnnnn... sekrg tgh hangat burung2 nih so layan kan ajerlah... Wat kek semlm nak tukau kaler dia jd lembut ayu sikit...

Tadaaaaaaaa.... Angry Bird kaler pink. Santek kan kaler dia. Moist cake. siap reben lagik. Kita bg dia nama MeryBird hahahahaha.... Bulu mata dia lentik habis ooooo....ada yg tergoda tak hahhahaa....







Monday, September 26, 2011

Princess Rania...

Mama :ecah...ecah lawo ar...ecah nak jadi princess rania tak???
Ecah: Nak.. hhehehe (sambil tersengeh)

so ecah tak leh potong rambut sbb nak cantik mcm Queen Rania




Khaisya Rania-2Y 9M

Sunday, September 25, 2011

Last Open House


Minggu terakhir open house. Sonok dapat berjumpa kawan2 yg kenal di alam "muka buku"... Harap dpt jumpa yg lelain GHMB...Muahhhh...syg korunk kannnnnnn.... Meh layan pict kat umah kak Ena Manjalara. Tadi dpt ketemu Kak Shila, Kak Iena ngan tuan rumah Kak Ena heheheh sume kita panggil "kak" kan. Terasa diri muda lah pulakkkk...













Wednesday, September 14, 2011

Janji Tinggal Janji... Azam tak Kemana... Padan Muka!!

tu ar... ritu dah ada pengalaman 'terkena' tp masih tak insaf2 kan... dah arituh dlm N3 ni  dah ingatkan diri jgn tertido seblm anak2 tido. tapi degil kannn.... Haaaa... inilah akibatnya... Tadaaaaaaaaaaa.... dipersilakan Miss Ecah!



moral of moral of moral of moralllll of this story... JANGAN TIDOR LAGI!!!!

Tuesday, September 6, 2011

Cite Sana Sini

Hari ni kul 5am terbangun sbb perut sakit lah sesgt... rasa nak tercabut usus perut. Siap dgn muntah2... nak kata gastrik, tak pulak. kul 7am elok pulak dia baik. Agaknya mkn asam semlm yg dah tak elok kot. Jadi tak berpuasa enam lah hari ni. Minum 100plus sebotol, sekrg dah ok cikit.

Nak cite pasal raya... baru ada kesempatan nak cite. Tahun ni beli baju raya tuk anak2 jer... Mama ngan Papa lenkali lah beli... bukan penting sgt pun nak berbaju raya sampai dua tiga raya pun nak berbaju baru kannnn..... Anak-anak lain lah... dorg seronok bila berbaju baru. Lagipun tak gi memana tahun nih. Balik kg habiskan cuti kat sana.

Pasal baju raya ni, yg paling payah sekali nak cari baju melayu Raffiq. Rasa bukan tema Hitam kot tuk kanak2... tu yg payah semcm. Jumpa jer terus beli. Nasib tinggal sepasang tuh. Kualiti kain nampak elok sgt berbanding beli kat bazar Masjid Jamek tuh. Harga lg murah dr kat bazar..apa kesss??? ntahlah...kekdg rasa melampau sgt dorg tekan harga sampaikan baju melayu budak2 cecah rm70!...
nilah tema tahun nih... Hitam... 
cak lagiii... hheheheh

Sapa ckp budak kecik tak lawa kaler hitam?? Cute jer tgk raffiq pakai...Lawa kan ecah bertudung... jenuh tuh nak pakai kan tudung... siap mintak pakcik yg bersihkan kawasan taman tuh jeling maut kat dia, baru dia takut. pastu diam jer bila pakai kan tudung... Hasilnya..tulah muka sememek dia.

Masa pas buka puasa dr beli baju anak2 tuh, kitaorg lepak tepi Ampang Park jap. Tgk2 ada kucing tgh selember landing kat atas besi tuh....huhuhu tak syg nyawa tol kan... Tp kucing nih mcm takut org sikit...Jd tak sempat ar nak beramah tamah ngan kucing nih...
kaler bulu kucing nih mmg lawa...comel lak tuh huhuh

Semlm puas dok cari bekas rafiq ngan ecah letak duit raya dorg... Cari punya cari, last2 jumpa kat dlm almari dorg. Haihhh... pandai nyorok kan yeee...Kelakar tgk dorg masa salam2 makcik2 dorg mintak duit raya...


dah tahu salam...dpt duit raya hhehehe... 
tp ecah pandai...dpt wit raya letak dlm bag dia. Rafiq lak letak dlm poket...maklum ar poket ada 3 kan... tp bila dia tunduk jatuh wit dia. tau2 dah hilang. sian dia. Padahal dia yg rajin ngikut pupu2 dia gi beraya... Ecah lak duit raya mmg byk...sbb byk pau duit raya mama dia nak bg org punya...hadehhhh...

Cuci mata sat tgk pict famili. Ada kakak dan abg2 yg takder dlm pict nih.. Mmg payah klu famili besar gini nak bergambarkan...

agak sekata gak ar kaler baju tahun ni... merah, hijau, hitam, kelabu

nak cite pasal makanan... sure tahu mesti ada rendang, lodeh sume kan... so layan pict jerlah ek... Setiap sorg kena masak 1 lauk, bawak dtg ke rumah mak. Hehehehe... so takder lah kes goyang kaki kan... sume kena masak...








Macam2 ada... sambal sotong, kari daging, satay, udang petai, lodeh, sayur campur, kambing masala ngan dgg dinding... ada gak telur puyuh, ayam rendang, sup mushroom, ayam goreng, kuah kacang... meriah kan... 

Yang ecah paling suka ialah satay.. mmg hari tuh dia mkn satay je... kat 6 cucuk gak ar dia mkn.


petang raya pertama tuh, alik kg belah asben. Kat sana...Raya kedua dah masak lauk biasa. Tak lah rasa muak ngan rendang huhuhu... Rafiq raya pertama dah komplen sbb tak dpt mkn nasi ngan kicap. sampai rumah tok dia, 2 pinggan nasi dia makan hehhehe.... Esok lusa nya beli ikan Siakap fresh...masak 3 rasa... Pastu ada gak masak nasi kaler2... huhuuhu habis diet sebulan. Tapi bila lg nak men masak2 mcm nih kan...

Yang penting dpt makan durian!... Hilang kempunan sbb durian yg mula2 nampak kat umah MIL tuh di kebas oleh adik ipar huuhuh.. nasib lusanya FIL bawak durian dr kebun 2 bijik hhehehe... layannnn...


oklah takat nih... penat dah menaip...








Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...