Tuesday, October 11, 2011

Oh Tidakkkkkk!!! Overweight!!!

Dah prasan dah, pas raya tuh syok je mkn mcm tak hingat dunia kan. pastu pagi jer mesti beli nasi lemak+udang merah...sekrg hamek kooo.... dah naik berkg2 dah. Semlm timbang2, check BMI ros semlm walllllllaaaaaaweiiii!!! overweight sudah!. kena turun 4kg tuk capat normal weight. So apa lagi...tgh pk nak amalkan diet cara mcm mana.... 

Diet mengikut Golongan Darah

"Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan."

Jadi ros punya darah 'A' diet yg disarankan


Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Hadeh.... mcm sume tak leh mkn jer hahhaha... klu korg nak tgk korgnya diet leh tgk kat sini iluvislam-diet .
Cara kedua Diet Atkins
Apakah itu?
Diet Atkins bisa dibilang sebagai diet rendah karbohidrat tinggi protein yang paling populer. Diet ini pertama kali diluncurkan oleh Dr. Robert C. Atkins yang juga seorang kardiolog, di awal tahun 70-an. Belakangan memang banyak pro dan kontra yang berkembang tentang keamanan diet tersebut, namun tak sedikit orang yang tetap mencobanya. Teori diet Atkins mengatakan bahwa dengan meningkatkan konsumsi makanan yang mengandung protein dan tidak makan karbohidrat sama sekali Selama 2 minggu pertama, tubuh akan membangun ketosis, keadaan dimana tubuh menggunakan lemak sebagai bahan bakar.

Lebih lanjut korang leh tgk kat sini Saya Tak Nak Gemuk

Okay.... dah puas baca? ada semangat nak join ros turun berat? hahahaha korg jgnlah hangat2 taik ayam kannnnnnn....suke kan mcm tuh. ok sorylah, ros bukan tak berminat dua cara ni, tapi tau lah dugaan ni besar bila terpaksa menahan perut dr mkn makanan fav kita. lelagi KFC kan, Mekdi lagikkk...walaupun ada isu KFC yg budak2 letak ayam kat kasut tuh, daku still jengah KFC gak hahaha...SO...diet cara sendiri lah. ikut cikit kedua2 diet di atas. dan yg penting, senaman ros akan buat. Tak mo tahan perut jer... sampai bila pun tak kurus kannnnnnn.....Nak mkn leh...tp biar berpada. Ros akan teruskan rutin pagi makan sedikit nasi/roti.. lunch mkn buah dan dinner makan sup/tomyam kat roundabout corner. kat tepi jusco AU2. Naper ros suke situ sbb makcik kedai ni kira sporting lah sbb kenal kitaorg kan. tambahan ecah ni jenis tak reti duk diam. nak lari sana sini pun tak per sbb kedai ni meja dia jarak2 dan agak selesa nak gerak sana sini. so berlarian lah anak ros berdua tuh men kejar2. Dan sup atau tom yam dia mmg perghhhhhhh!!!! sedap!. tanpa nasi ye mkn malam hehehe. pastu asben suke maggie seafood dia. rafiq pun suke. mmg sodap! dan biasalah, klu tak nak buncit, jgn minum berAIS...so ros ambik teh o suam je. raffiq pun sama join mama dia. raffiq ckp "Raffiq dah tua kan mama, tu sbb minum teh o" hahhahaah belasah jerlah raffiq, awak tuh lelah, mana leh minum ais. Ecah tak leh nak larang, dia mmg kaki nescafe ais mcm papa dia huhuuhuh

Dah2... tak mo merapu kerapu. pagi td ambik 2 keping roti dan 2 biji telur rebus. kenyang sampai sekrg. peaceeeeeeeeee!!! Lunch nnt tunggu nyonya jual buah sampai hhehhe mangga/jambu atau tembikai hehheh.

Yang tengah berdiet tuh, dietlah secara sihat ye. jgn sampai gastrik...dan jgn tak makan sume makanan yg enak2 tuh, rugiiiiiiii..... dah sakit nnt apa pun tak leh makan...apa pun takbleyyyy

chawwwwww! Assalamualaikum

2 comments:


Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...