Genap 40 hari emak dah pergi meninggalkan kami...Walaupun hati sentiasa sedih meratapi pemergian mak, tp kami redho. Kami harap mak tenang di sana...doa tak kan putus dr kami untuk mak... Tempat mak di hati kami tidak akan ada penggantinya.
Malam ni tahlil 40 hari di saujana, semoga roh mak tenang... Bisikan hati ini ingin sgt memeluk mak lagi walau hanya dlm mimpi. Terima kasih mak membesarkan kami...malah mak juga ada memberikan kasih syg buat anak2 kami... adakalanya mak menjaga mereka, meghiburkan hati mereka...membuatkan mereka amat menyayangimu mak. Hingga kini mereka masih mengungkapkan kata2 bahawa mereka menyayangi nenek mereka. Semoga perasaan kasih itu tidak akan tenggelam di tinggal waktu...
"Ecah sayang nenek tau" itu ungkapan yg ecah akan sebut masa melawat pusara mak. Bukan sekali dua dia sebut...dr mula kami datang hinggalah hendak melangkah pulang... Ecah tak kan berhenti menyebutnya... Harap mak dengar dan tahu kami sentiasa menyayangi mak.
Al Fatihah buat mak tersayang.... Semoga roh mu dicucuri rahmat Allah S.W.T dan menempatkanmu dikalangan orang-orang yang dikasihinya. Amin....
No comments:
Post a Comment