Wednesday, April 25, 2012

Tak sanggup ku lalui

Bulan 5 pasti akan menggamit pilu di hati kami.... walaupun ada org kata Haram sambut mother's day ni... Tp pada kami... ia bergantung pada niat kami. Bukan bermakna kami nak tetapkan satu tarik utk menunjukkan rasa cinta dan syg kami pada emak kami. Tp sebagai satu hari dimana kami 11 beradik ini cuba utk berkumpul bersama2 dgn mak, makan2...berborak dan bergembira hingga larut malam.

Seronok mengingati detik itu.... masih teringat kami buat acara tukar2 hadiah... dan ada antara yg sengaja bungkus hadiah yang mengarut2. seperti pad, baju tido yg seksi, softlan, sabun cuci tgn dan mcm2 yg tak masuk dek akal.

Tapi macam mana dgn tahun ni? mungkin tidak akan ada lagi detik2 seperti itu. Mungkin kami akan ke pusara emak dan hadiah kan emak surah yassin dan doa. Semoga dia tenteram di sana...

Masa mak ada mungkin kita tak terlalu sempurna waktu untuk dia...tp bila dia telah pergi mungkin kita akan terfikir akan sentiasa mahu di sisinya selagi dia bernyawa....

Untungnya emak ramai anak kan.... tak putus doa dari setiap anak-anaknya.... Bayangkan setiap selepas solat kami hadiahkan mak alfatihah...doa..dan adakalanya waktu yg panjang di isi dgn yassin untuk emak... Jika 11 anaknya buat begini Alhamdullilah....sejuk dan lapang mak di sana. Semoga Allah memberkati doa2 kami untuk emak...

No comments:

Post a Comment


Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...