Monday, April 23, 2012

Selamat Hari Lahir UntukKu

Alhamdullilah syukur kepadamu Ya Allah kerana disaat ini ros masih mampu berdiri, bernafas, bergerak dibumi Allah ini. Syukur kerana diberikan peluang manjadi seorang anak kepada mak dan abah yang tersayang, seorang adik kepada kakak2 dan abang2 yg memahami, seorang isteri kepada suami yg sentiasa dicintai dan menyayangi...menjadi mama kepada dua anak yg dikasihi...dan menjadi maksu/makcik kepada anak2 buah yg bijak2 dan nenek kepada cucu2 yg comel....

Terima kasih tidak terhingga buat emak yg mengandungkan ros 10 bulan, melahirkan dan membesarkan dengan seribu kepayahan....serta mendidik ros menjadi anak yang berguna....jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat ini. Tanpamu diri ini tidak mungkin berdiri di sini....

Payahnya mengingati detik2 lepas apabila tarikh ini menjelang. Pastinya datang ke rumah emak dengan muka tersenyummm...dan mak akan tanya "nape ni"... dan ros akan menjawab "hari ni beday sal lah mak..." mak akan tersengih dan ckp "happy birthdayyy.." Dan tahun ini serta tahun2 berikutnya...mak dah tiada untuk ucapan itu. Rindu saat itu....

Hadiah 'terakhir' dari mak....
Harta peninggalan mak...
Gelang tangan ini dpt pada ros setelah mak pergi...Masih tersimpan...dan hari ini ros akan pakai gelang ini sebagai tanda hadiah dari mak yang terakhir...







Gelang ini dulunya adalah hadiah dr ros dan dua org kakak. Kami berkongsi duit untuk hadiahkan pada mak... Teringat wajah mak...Inilah wajah mak yang terkejut gembira mendapat hadiah dr kami ini. Selepas ini tiada lagi hadiah buat mak....Lagi menyedihkan mak pergi saat 2 hari sebelum menyambut Hari Lahir emak... terkilan sbb tidak dpt memberikan mak hadiah lagi... Teringat kakak ckp pada mak semasa di hospital "Mak cepat sihat leh kuar spital, tak kan nak sambut kat spital beday mak" dan mak cuma jawab "mak tak mahu sambut beday" sepertinya mak dah tahu dia akan pergi meninggalkan kami... hadiah dari kami buat mak...doa yg tidak akan putus buat mak di sana. Semoga roh mak dicucuri rahmat dr Illahi...Semoga mak ditempatkan dikalangan orang2 yg dikasihi Allah...dan ditempatkanmu di dalam Syurga Nya....Amin...

Terima Kasih mak kerana melahirkan insan ini....

4 comments:

  1. Mengalir air mata mori...sabar lah sal... happyyy besdayy ...mori bole bayang kan... ucapan mak tu sal... tersengih panjang... Happyy Besday yer..mori doakan semuga dipanjang kan umur, di murahkan rezeki dan di berikan kesihatan yang baik. Amin.

    ReplyDelete


Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...