Wednesday, June 22, 2011

Satu Ke Kamu Empat tuk SAYA??? erkkkk... opsss!!

crd to google

Terfikir tak kekadang bila kita menunding jari ke arah seseorang, 4 ke arah kita semula?? Hmmmm berfikir sejenak. Apabila satu masalah melanda diri kita, duduk muhasabah diri, kaji diri dan masalah, cari punca dan sebab serta penyelesaiannya. Jangan bertindak melulu dan menunding jari ke arah org lain dengan mencari setiap sudut dan ruang kesalahan orang lain untuk menutup puncanya dari diri kita sendiri.

Berfikirlah dengan menggunakan akal dan kematangan diri. Bukan dengan emosi yang kadang kala kita tahu, dengan diri yang dikawal org perasaan hati dan emosi yang tidak stabil, seseorang tu mampu bertindak di luar batasannya. 

Bila kita mahukan seseorg itu mendengar kata-kata kita, kita perlu lebih toleransi dan bekerjasama agar dia tahu di mana kedudukan dia dalam diri anda. Adakah sebagai seorg sahabat/kekasih/teman suka atau duka atau hanya sekadar 'teman lalu'??  Teman lalu bukanlah bermaksud teman yg zaman lalu tapi teman yg sekadar teman. ada takper...takder pun takper.... 

Dan jangan jadi bagai kan 'ketam mengajar anaknya berjalan'. Pendek ayat, jgn jadi mcm Ibu Ketam. Jika kita sendiri melakukan kesalahan itu, melakukan perkara yg tidak disukai oleh org lain, bagaimana kita hendak melarang orang lain daripada melakukannya?? Senang cite kita kata "ko jgn buat mcm ni" tp dlm masa yang sama, kita pun sedang buat. So apa kes??? 

Berbalik kepada tajuk... jadi sebelum kita menunding jari ke arah orang lain, sila lihat diri kita dulu. Dan ros... sentiasa melihat semula ke empat2 jari yang menunding ke arah ros kembali itu. Dan setiap jari mewakili  setiap perkataan iaitu  "Think  Before  You  Speak"

No comments:

Post a Comment


Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...