Kenapa Saya Letih Buat Keja???
Kenapa saya letih kerja... Selama beberapa tahun saya telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini saya tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Saya keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Dibawah ini saya akan tunjukkan kenapa saya mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan saya.
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang. 1.3 juta pula adalah golongan kanak bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang. Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS, orang tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.... Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di
dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... Dan 2 orang itu adalah awak dan saya..
Dari dua orang ini... awak SEKARANG INI masih duduk depan komputer;
main internet,
main games dlm fb,
reading jokes,
membaca email,
masuk entry blog,
main chat,
BerFB kat groups
dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah SAYA sorang yang buat kerja dalam Malaysia ni... mana saya tak letih!! Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!
yer ker wat kje..heheheh!!tettt!!!
ReplyDeletetetttttttttt hahhahaah
ReplyDelete