Nama ringkas je.... seringkas empunya diri hehhe.. "ROSALINA" tp walaupun pendek, mcm2 nama yg kenalan atau famili panggil...
Abah panggil Salina. Arwah mak panggil Sal. Kakak2 mostly panggil Salina. Tp ada yg panggil Tut heheheh ada sejarah disebalik panggilan tu. Terjd bila aku gaduh ngan kakak sorg ni, so bila dia nak mention nama aku kat kakak lain atau mak... dia akan ckp camni 'ckp kat tuuutttt tu suruh dia.....' Hheheheh...so melekat sudah panggilan tu. Dannnn... aku pun mention nama dia Tut gak hahahah.... ntah pape!
Kawan2 sekolah panggil Ros. Cikgu2... pun sama. Tp dulu aku ada 1 grup ni. Kira togeder geder selalu ke mana2... di situ aku dipanggil Iena.
Cite kwn opis lak... bab ni yg lawak eh bila si Tila ni panggil aku Ana. Yg lelain panggil ros je. So bila nak berborak ngan si Tila ni aku nak bahasakan diri sebagai apa? ANA ke ROS? Hehhehe.... sampai sekrg klu reply email dia aku sendiri konpius nak bahasakan diri apa.
Bukan tu je... bila aku kenal ngan asben aku dulu, aku letak nama sebagai Aly. Hahhaha gatai kan ubah2 nama. So famili belah asben panggil Aly. Hehhehe... jd keliru bila biras aku ialah kwn opis asben aku yg mana dia dan yg len sume panggil aku ros. So bila kat rumah mertua dia nak panggil aku Aly atau Ros? Hhahahah... belum penah dgr dia panggil aku
Aly. Musykil gak dia mention nama aku kat adik2 ipar kitaorg ni apa eh. Lupa nak tanya heheheh... dan yes! Adik ipar aku yg suami biras aku ni panggil aku apa lak ye? Ros ke Aly? Hhahaha! Korg yg bc klu konpius sila ulang baca. Takkan nak buat gambarajah.
Now masuk opis baru... Juan selaku bos aku ni rapatlah ngan famili aku so dia dah biasa panggil dgn nama Salina. Bila start keja, dia kenalkan aku kat bos lg satu dgn nama Salina! Ohhh.. ok. Nampak takder problem. Tapi dtglah staff baru, yg mana dia kawan kepada asben aku dan dia panggil aku Ros... so kat opis apa jadi? Hahhaha maleh nak ulang kejadian... Ros -Salina ekekkekeke.....
Apa pun nama aku.... aku tetap aku. Takder bezanya hhehehe...
Yang penting asben panggil aku Ayang. Dan semoga ia akan kekal hingga akhirnya....