Wednesday, March 21, 2012

Lipas ooo lipas...
nampak tak tengah2 antara salad tuh... lipas ni vegeterian kot muahahahaha... hampeh tol lah jual roti ada lipas. nasib semlm mkn byk. taklah rasa lapar sgt. Tulah, hr tu dah pk nak puasa nazar minggu ni...tak posa gak, kan dah kena 'warning' huhuhuuh....

Mcm takder tempat len ko nak landing kan....
Makan-makan....

Semlm terlebih rajin masak kat umah MIL. Ni gara2 asben kata suke mkn telur itik masak lemak. Kebetulan ada telur itik....terus nak masak. Tp bila siap masak, dia tak mkn lak. Kenyang mkn rojak ngan mee petang tuh kot. Meh layan lauk semlm

kerabu ikan bilis

pucuk ubi <abg ipar petik dan rebuskan>

telur itik masak lemak

sambal belacan <adik ipar wat>

ayam goreng

makan pastinya bertambah hehhehe.... sume lauk2 fav ros gak...

Monday, March 19, 2012

Saturday, March 17, 2012

Rewang

Adik abg ipar kawen esk, kendurinya kat rumah sebelah umah MIL. Nak x nak kena gak turun rewang. Tp silap time lak. Dorg tgh kerjakan nenas.
Habis tgn ooo merah2 gatai2 kena duri nenas.
Ros ingat tuk buat arca nenas, potong ar cumel2 kecik... Sekali rupanya dorg nak masak gulai nenas muahaha. Hancur ler nenas tu <gara2 x penah rewang> lenkali tanya dulu. Jgn jdk kera sumbang!

Thursday, March 15, 2012

Tahlil 40 Hari buat Arwah Mak tersayang

Genap 40 hari kami buat tahlil utk mak. Semoga Mak tenang di sana. Aman, dan sentiasa dibawah lindungan Allah, dijauhi dr azab kubur dan api neraka. Amin...

Tahlil kami buat di Seri Pristana, Saujana Sg Buloh. Rumah kakak sulong. Lepas insya kelihatan jiran2 dan orang masjid mula memenuhi rumah. Bacaan yasin kedengaran...kami turut sama mengikuti menyempurnakan majlis tahlil tersebut. Dengan harapan sampailah pahala dan berkat bacaan tersebut pada arwah mak.

Hampir 100 tetamu yang hadir. Amat bersyukur dan berterima kasih pada yang hadir

Bagi melahirkan rasa terima kasih kepada tetamu, kami menghidangkan sedikit jamuan makan malam yang dimasak oleh kakak dan jiran-jiran yang membantu...


jamah buah dulu seblm makan juadah lain
Sambal belacan

Ikan masin dan cili buah kegemaran mak

Sayur buncis goreng telur

Kerabu ikan bilis, Fav mak

Juga Fav Food mak, Telur puyuh dan udang sambal

Ayam goreng rempah kesukaan abah

Interframe jap. Tersenyum itu manis...dihati tiada yang tahu

Kami merakam memori bersama abah. Abah duduk tempat 
mak selalu lepak bila dtg umah kakak ni.

Terbalik sudah... si kecik tgk yasin, yg tua bangka ni sibuk kaler buku. 
Tulah kecik2 tak dpt buku2 mcm ni kan

Ecah selekeh tol....tp tetap cute

Selesai majlis dalam pukul 11 mlm. kami bersama-sama membersihkan rumah kakak, mengemas, membasuh pinggan mangkuk, periuk belanga hingga hampir 12tgh mlm. 

Masa membasuh tu, terasa mcm mak dekat jer dgn ros. Terbayang muka mak senyum dan seakan bisikan terjah di telinga "terima kasih"... mak ke tu? toleh takder siapa....air mata mula mengalir...

Kakak kata "takder dah apa lagi pas ni sal" hmmmm kenangan mak jer yang tinggal untuk kita...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu Mak...

Wednesday, March 14, 2012

Jangan Pandang Luaran...

Jangan lihat di luar aku kuat kerna aku lemah di dalamnya
Jangan lihat aku senyum di luar kerna aku sedih di dalamnya
Jangan lihat aku ketawa di luar kerna aku menangis di dalamnya
Jangan lihat di luar aku diam kerna aku memberontak di dalamnya

Jangan lihat luaran aku begini, menilai dalaman aku begitu. Walaupun
bersedih atas pemergianmu Mak, aku tetap berdiri, meneruskan liku2
hidup yang penuh dugaan ini. Disaat engkau telah tiada lagi  untuk mendengar, memahami, menasihati...dan meningati diri ini tentang kehidupan dunia...aku akan meneruskan cabaran ini, walau tanpa dirimu.

Tidak perlu aku katakan aku bersedih atas pemergian mu menemui sang Pencipta dgn menangis, meratapi....memperlihatkan kepada semua orang tentang kesedihan hati ini...cukuplah hanya aku, dan diriku saja yang tahu itu


Tuesday, March 13, 2012

Biskut ni jarang beli tuk rumah ros. Klu ada pun dulu penah beli dlm paket pun tak habis2... last2 buang. Cuma sejak menjak ni selalu sgt mkn biskut ni bila kat opis. Lapar je gi kat unty operator phone opis ambik biskut stock dia punya....hhahahaa unty ni baik. Dia mmg beli tuk budak2 opis mkn. Kekdg pangkat manager pun cilok dia punya biskut. Mekasih lah ye....

Tp semlm gi The Store kat sg Buloh, mintak asben belikan roti, tuna, biskut ni wat stock kat opis klu2 lapo... coklat nuttela pun ada beli, tp tgk raffiq semlm suke lak mkn, tinggal je kat rumah. tak jd bwk gi opis

terkenang lah pulakkkk

Tgh duk2 tgk tv tetiba raffiq cakap "mamaaa rafiq nak biskut ngan teh'O mcm nenek wat" alorrrrrr raffiq....jgn arrrrr memlm gini sebut2 nenek. krg air mata ni bertakung2 sapa mau jawab??? Habis nak wat camner? byk sgt kenangan dorg ngan nenek dorg. Dr lahir dah dimanjakan dgn nenek dia. Ptg2 klu gi umah nenek dia mesti nenek dia tgh mkn biskut ni cicah ngan teh'O... ecah, raffiq mkn banyak tol. Tambahan raffiq mmg hantu teh'O. 

Kekdg org tgk pelik, budak2 klu kita bawak gi mkn kat luar biasanya dorg order air berais...air buah ke mcm2 lah. tp rafiq ni lain. Dia mesti order teh'O suam. Kekdg dia order sendiri. Heheheh...Dr mana dia belajar minum air panas??? dr maklong dia. penah sekali dia mkn dgn maklong dia kat kedai, masa nak order air ntah camner maklong dia pujuk dia suruh minum air panas. Dia pun minumlah. start tuh mmg tuh yg dia order. Ecah lak...tak yah order air apa2... dia akan belasah minum nescafe ais papa dia hahahhaha.... Ecah suke minum ni pun sbb nenek dia penah bg dulu sekali. Terus lekat ngan lidah dia. Pahit mana pun, dia leh minum. 

Oklah...penat bebel...benarnya nak letak cite pasal tahlil 40hari. tp tunggu kakak bg pict tak dpt2...sabor jelah... tp leh lah klu nak tgk cite pasal tahlil 40hr arwah mak...di sini

Kekejaman manusia yang tidak berperikemanusian.... Membunuh dan membakar anak sekecil ini atas tujuan dan kepentingan sendiri.... Manusia yang bertopengkan setan ni kita doakan dia mendapat pembalasan dr Allah S.W.T...

Arwah Dirang yang hilang sejak 1 mac 2012 ditemui rentung di ladang kelapa sawit, Masai. Polis mengesahkan DNA tersebut padan dengan ibunya...

Bila jadi kes begini siapa yang harus dipersalahkan? Negara yang tidak aman? Jangan menunding jari ke arah orang lain... kerana 1 jari kita tunding ke arah org, 4 jari ke arah kita semula...

"mangsa dikatakan kekedai untuk membeli mee segera dan telur, dipercayai diculik kemudiannya dibunuh dan di bakar" ...

"Kenapa kasi mati anak aku!!?" Ibu arwah nurul tanya begini tapi kita yang mendengar berita ini ingin bertanya "KENAPA DIBIARKAN NURUL KE KEDAI SENDIRIAN???" betul bukan? Rata-rata yg mengetahui kisah pilu ini mesti tertanya kenapa anak sekecil 5 thn dibiarkan ke kedai sendirian? Mungkin saje kedai itu bersebelahan rumah atau selang beberapa buah rumah??? Kerana kecuaian kita, anak menjadi mangsa... Kadang kala kita rasa MUNGKIN takde apa2... dekat je...alaaaa dia dah pandai... Tp kita tak sangka...dan perlu tahu, malang itu tidak berbau... Apa-apa pun boleh terjadi...

Kita sama-sama ambik iktibar atas apa yang terjadi....

Banyak sgt kisah anak tak berdosa menjadi mangsa. Kadang kala ros sendiri jadi fobia nak benarkan orang lain, walaupun yang dikenali bawa anak2 ros kemana-mana. Biarlah org kata kita cerewet, poyo...asalkan kita tahu tahap keselamatan anak kita. 

Pengasuh rumah lama kat setiawangsa mmg sgt memahami ros. Tahu ros tak kan benarkan dia bawak anak ros pergi ke mana pun, walaupun ke kedai. Penah dia bawak anak ros gi beli tiket bas...kebetulan perasaan tak enak mula terasa, hubungi dia, ternyata dia di luar dgn anak2 ros. Terkejut, marah sume ada. Nasib baik dia kata anak2 dalam kereta dgn adik dia. Dan mmg lepas itu dia tak brani dah nak bawak anak2 ros ke mana-mana.

Pindah rumah baru, cari pengasuh mmg satu cabaran. Bila pengasuh menyatakan bahawa dia tak nak jaga anak ros sbb ros tak benarkan dia bawak anak2 ke taman, ros terima. ros sanggup cari pengasuh lain. Bayangkan dia seorang, nak bawak 5 budak ke taman? seorg di kendong sbb masih bayi... Yg lelain dibiarkan main di taman... Dan pastinya dia cuma duduk memerhati. Dan tipulah nak kata dia beri sepenuh perhatian pada anak2 yg bermain. Tak mungkinlah takder kawan2 pengasuh ni duduk sekali di taman berbual2... Dalam leka tu, apa2 boleh jadikan??? Biarlah org kata ros cerewet....

Kekadg lihat ibu bapa yg jalan di depan biarkan anak2 kecil jln dibelakang. Penah ros nampak ni masa lalu di Masjid Jamek. KL... Rasa mcm nak tampor2 je mak bapak budak tuh.... Rasa nak je ros tarik sorg, pastu tgk sampai ke mana baru mak dia prasan anak dia hilang...Geram rasa hati....Tunggu dah terjadi musibah baru nak menangis...meratap...

Kita harap tiada kes begini berulang lagi. Ngeri dengar... Semoga Allah melindungi anak-anak ros... Tak nak benda2 begini terjadi pada anak2 dan keluarga ros...Amin...


Anak Itu Anugerah Illahi
 

Saturday, March 10, 2012


Genap 40 hari emak dah pergi meninggalkan kami...Walaupun hati sentiasa sedih meratapi pemergian mak, tp kami redho. Kami harap mak tenang di sana...doa tak kan putus dr kami untuk mak... Tempat mak di hati kami tidak akan ada penggantinya.

Malam ni tahlil 40 hari di saujana, semoga roh mak tenang... Bisikan hati ini ingin sgt memeluk mak lagi walau hanya dlm mimpi. Terima kasih mak membesarkan kami...malah mak juga ada memberikan kasih syg buat anak2 kami... adakalanya mak menjaga mereka, meghiburkan hati mereka...membuatkan mereka amat menyayangimu mak. Hingga kini mereka masih mengungkapkan kata2 bahawa mereka menyayangi nenek mereka. Semoga perasaan kasih itu tidak akan tenggelam di tinggal waktu...

"Ecah sayang nenek tau" itu ungkapan yg ecah akan sebut masa melawat pusara mak. Bukan sekali dua dia sebut...dr mula kami datang hinggalah hendak melangkah pulang... Ecah tak kan berhenti menyebutnya... Harap mak dengar dan tahu kami sentiasa menyayangi mak.

Al Fatihah buat mak tersayang.... Semoga roh mu dicucuri rahmat Allah S.W.T dan menempatkanmu dikalangan orang-orang yang dikasihinya. Amin....

Thursday, March 8, 2012

Tuesday, March 6, 2012

Tuna @ dunkin donuts

Antara roti fav mak

Wanita sahaja

Wanita sahaja, wanita dan anak kecil pun boleh. Klu x faham gak tak tau lah. Kekdg pelik tgk ada org siap baca tp buat dek je. Kot2 dia dua alam kannn.. Atau dia x reti bc tp wat2 bc? Samalah kot mcm sticker OKU, wanita hamil, org tua atau yg dukung anak ditampal kat cermin tren. Tp org yg bc mcm wat2 x faham je... Kesian kekdg.. Bukan kesian ngan org kurg upaya yg x dpt tempat duduk tp kesian dgn org yg wat bodoh tu. Sbb pe? Allah dah bg cukup akal tp masih x cukup tuk pk mana baik mana buruk. Siannnn

Walaupun hr ni ada terbc pasal curry puff kat SR ada ulat, ia x mematahkan semangatku beli kek ni lak mlm ni
Test from my sweet blackberry
Sent from my BlackBerry® smartphone

Saturday, March 3, 2012

Kenapa Ku Kata Ku Gemuk, akan tambah Gemuk dan Punca nape jd Gemuk


Bukan susah nak tahu samada kita gemuk atau tak... caranya, naik atas penimbang, letak duit 20sen kad jatuh sila tgk... Tingggg.... sila tgk kad anda

Bila tgk tak pun terperanjat beruk....alaaaa last year kan 57kg...naik 65kg je. Belum naik 10kg lagi kan.... hahhahaha sedapkan hati derrrr...

Alaaa...korg tau tak apa terlintas kat otak ros masa timbang...."org pakai kasut mmg ar berat" hehhehe..alasan. Yg paling terbaik punya cara sedapkan hati..."penimbang ni rosak kot"...klu timbang tempat lain pun sama gak berat tu...cari alasan lain. tak pun nak sedapkan hati ckp "alaaa ada losyen mustajab panas kan. sapu je..."

Paling tak best bila dah iron seluar...sekali nak pakai tak muat....tak pasal2 last month 11 hari lambat gi opis <alasan gak ...alasan dtg lambat hhahaha...

Kenapa ros katakan ros akan tambah gemuk... Senang je...pasal sampai sekrg tak jumpa tmpt nak joging..sejak pindah rumah baru, nak joging kat KLCC jauhnyaaaaa lah. Camner ek. Mcm nak beli basikal. Pastu rondalah satu kawasan apartment. Tp dr kayuh basikal, baik lg ros joging kan...Tgk lah...langsung takde keputusan dibuat camner nak kuruskan balik bdn ni. 

Punca gemuk...??? Siyus korggg.... ros jarang makan nasi tau. Tak taulah camner leh gumuk camni.
Tgk apa ros mkn 
pagi kul 9am dan petang kul 5pm

lunch mkn ni...tak pun mee goreng...

seeeeeee.... tak lah menggemukkan kan kannnn.....tp bila balik mlm kan....hadehhhlah...

ni chicken chop kat puncak alam...perghhhhhlahhh....mabeles

tak kan tak kenal kot...

Big Mac wallaaaaa!!!

Ros tak taulah part2 fast food ni leh menggemukkan atau tak... terpulang pada korg pk lah ye...ros pun tak wat ujikaji kat fast food sume ni. Tp apa yg ros leh ckp...ros penah 1 bulan tak mkn fast food...ternyata berat badan turun.... tu pada ros lah...pada org len maybe mkn berdozen2 burger pun rilek je tak gumuk kan. 

home made choc chip femes ames....
kudapan dikala kelaparan....

Oklah...rasa insaf dan menyelubungi diri. Minggu depan Isnin start posa...ada posa2 yg perlu ku tunaikan...10 hari. Harap berjalan seperti yg dikehendaki. No Fast food for 1 month...Air berais kena elakkan, nasi kena elakkan, roti, biskut sume kena kurangkan... Bulan depan ros update tgk apa jadi ye. Jadi Bulan Mac ni bulan menguruskan badan, mengurangkan berat yang berlebihan.


.....eh copppp coppp copp.... lupa nak tulis CHAIYOKKKKK!!!!!


Thursday, March 1, 2012

tosaiiii
dr pak google.images

Pagi td bekpes dgn linangan air mata. Nak wat camner... gi beli tosai kat kedai mamak depan opis. Masuk opis dah semerbak bau tosai. Cepat on comp. Tetiba bos call kata dia MC. Yihaaaa... tak yah tunggu kul 10am nak mkn tosai ni...ku seludup ke pantry kul 8.30am. 

Elok je bukak tosai tuh bau dia tul2 buat air liur meleleh....tp tetiba bukan air liur yg kuar...air mata yg berlinangan. Napeee??? tertiba teringat mak suka sgt mkn tosai. Klu gi pasar malam mesti mak cari atau order tosai, vadai... 

Teringat dulu kakak ngan bf dia Bon...selalu gi dating mkn bawak balik tuk mak tosai. Bukan sekeping ....tp 3 4 keping. sbb tau mak mesti ajak anak2 dia mkn sekali. Dengan nescafe ais....tgk muka mak ceria tol ngadap antara fav food dia. 

Tapi jgn tak tau.... mak klu tosai kedai mamak, dia mmg reject. Agaknya byk cite pasal kedai mamak dulu kan, tuh yg dia tak mo mkn kat kedai mamak dah. Penah kitaorg ramai2 mkn kat kedai mamak, mak tak makan pun heheheheh...Kebersihan makanan mmg mak jaga tip top. Tu sbb mak leh berjaya dlm bidang tender kantin. Antara Sankyu(ntah betul tak nama ni) Royal Selangor; dulu selangor pewter, Nestle, GE, kedai tepi jln mak jual nasi lemak...bayangkan bukak kul 6pm sampai kul 11pm, mak leh dpt hampir rm1000... syukur rezeki kami. Tp org mendengki...guna cara kotor buat mak tutup kedai. Takpe... mak sabar. Bukak tepi jln kat dpn bank ampang. Laku sampai kedai mamak seberang jalan bengang hhahaha...Dia wat aduan kat majlis perbandaran. Mak kena tutup. Last lepas tutup kantin kat GE, mak tak niaga dah. Penat katanya.

Takpe...kami adik beradik sebulat suara bg duit bulanan kat mak. Mak dok je rumah...layan cucu-cucu, cicit dia .... Masih terbayang wajah mak bila nampak rafiq ngan ecah masuk rumah mak. Senyum ke tinga....Mak syg cucu-cucu dia....kekdg sygkan cucu-cucu lebih dr anak2 dia hhahahah....takderlah. Mak tak camtuh. Mak syg sume sama rata. Cuma kekdg kita yg terasa mak lebihkan yg lain...padahal...takder...Mak sayang sume. Walaupun anak2 mak ada yg menyakitkan hati mak...mak tetap senyum bila anak dia dtg jenguk dia.

Hadehhh... air mata berlingan lagi...cover2...kat opis ni. Rindu nak dtg rumah mak, dan mak duk kat kerusi depan sambut dgn senyuman paling indah....

Al Fatihah buat Arwah mak. Semoga roh mak tenang di sana.

Apa saja mak akan buat tuk anak2 dan cucu dia.... klik di sini klu tak caya

Recommended Post Slide Out For Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...